Adakah ini masa paling tepat untuk lakukan PRU13?



alt

NEW YORK, 20 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pertemuan beliau bersama tokoh korporat yang tersenarai dalam Fortune 500 di The Harvard Club of New York, memuaskan dan positif.

Pertemuan yang diatur, turut disertai oleh beberapa syarikat korporat yang menghantar wakil ke pertemuan termasuk ConocoPhilips, Boeing, Citi Group, Darden, AIG-Chartis, Guardian Industries, Eastman Chemical, Symmetry Medical, Ace Group dan Crest Group.

Najib dalam ucapannya menjelaskan ekonomi negara yang mencatatkan pertumbuhan pada kadar 5.1 peratus tahun lalu, telah mengatasi unjuran yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang hanya menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 4 dan 5 peratus sahaja.

Beliau turut memberitahu kejayaan melepasi kadar pertumbuhan mengikut unjuran BNM itu berdasarkan kepada tahap rizab, hutang luaran yang rendah serta aliran sihat dalam pelaburan langsung asing (FDI) beserta usaha menggalakkan kerajaan mempromosi negara sebagai lokasi terbaik FDI di Asia.

Ditanya pemberita mengenai maklum balas yang diterima dari tokoh-tokoh korporat Amerika Syarikat, beliau menjawab pelabur Amerika Syarikat yakin dengan apa yang boleh diperolehi di Malaysia berdasarkan kepada polisi, proses kelulusan dan insentif yang disediakan.

Namun begitu Perdana Menteri berkata kerajaan masih memerlukan maklum balas dari tokoh-tokoh korporat ini agar penambahbaikan dapat dilakukan dalam menjadikan Malaysia di antara lokasi FDI terbaik di Asia.

Najib turut berkata kerajaan perlu melipat gandakan usaha bagi menambah baik beberapa halangan yang mampu mengubah dan mempengaruhi keputusan pelabur untuk melabur di Malaysia.

Beliau menambah salah satu halangan adalah skil kemahiran yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya di peringkat kelulusan Sarjana dan kedoktoran


0 comments to "Adakah ini masa paling tepat untuk lakukan PRU13?"

Post a Comment

Powered by Blogger.

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters