YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP)
pada Sesi Pendengaran Awam
Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP)
di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan Lynas
merakamkan setinggi penghargaan dan
rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pertubuhan bukan kerajaan dan
individu yang telah hadir dan memberikan pandangan
dan saranan kepada ahli-ahli Jawatankuasa.
Semua pandangan dan maklum balas yang telah
diberikan amat penting untuk membantu
Jawatankuasa dalam usaha mencari kebenaran dan mengemukakan
pandangan yang berwibawa kepada Kerajaan.
Jawatankuasa juga memandang dengan
serius beberapa isu yang dibangkitkan.
Pertama ialah betapa pentingnya isu ini ditangani
dengan bukti dan pendekatan saintifik.
Semua pandangan yang berasaskan
sentimen tidak akan membantu
Jawatankuasa ini untuk mencari kebenaran yang diperlukan.
Jawatankuasa berpandangan bahawa hanya
melalui dapatan saintifik sahaja maka
kita dapat menanggani isu Lynas ini dengan berwibawa.
Sains boleh dibuktikan dan oleh itu, semua persoalan
saintifik dan teknikal perlu ditangani dengan sains jua.
Jawatankuasa akan menyarankan agar semua pandangan yang
telah dikemukakan kepada Jawatankuasa ini akan
dinilai dari segi kredibiliti saintifiknya dan
usaha akan dilakukan untuk mendapatkan ‘scientific experts’
bagi memberikan pandangan yang bebas
terhadap isu-isu yang dikemukakan.
Kedua, Jawatankuasa berpandangan bahawa projek Lynas
telah mengundang reaksi yang berbeza.
Tidak semua mereka yang hadir menentang sepenuhnya.
Kebanyakan mereka berpandangan jika projek ini diteruskan,
maka mereka memerlukan ‘
an extremely stringent enforcement measures to ensure compliance’.
Ketiga, kebanyakan mereka yang terlibat
dalam pendengaran awam ini telah
merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh kumpulan pakar
dari International Atomic Energy Agency.
IAEA adalah badan antarabangsa yang
sangat berwibawa dan keputusan
kerajaan untuk menjemput mereka bagi menilai kesesuaian
projek ini menunjukkan betapa Kerajaan
amat mengutamakan kepentingan awam.
Keempat, terdapat anggapan bahawa Lynas kurang melakukan
‘public engagement’ dari peringkat awal pelaksanaan projek ini.
Projek yang sebegini besar serta strategik memerlukan proses
‘engagement’ dengan semua pemegang taruh
yang melebihi ‘ordinary expectation’.
Akhirnya, keseluruhan isu Lynas ini memerlukan
ketelusan dari semua aspek.
Keyakinan awam hanya akan dapat diperkukuhkan
melalui maklumat yang benar dan
disokong dengan dapatan saintifik.
Lynas adalah projek strategik yang dampaknya amat besar
terhadap masa hadapan pembangunan sains dan teknologi di Malaysia.
Ia adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia
jika kita ingin menjadi negara maju.
Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah untuk
memastikan semua kebimbangan,
saranan serta teguran masyarakat awam diberikan
perhatian tinggi agar projek sebegini tidak
mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat
awam serta kelestarian alam sekitar.
Post a Comment