3.3 juta peluang pekerjaan telah dikenalpasti dalam 12 sektor baru


alt

PAGOH, 20 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 3.3 juta peluang pekerjaan telah dikenalpasti dalam 12 sektor baru yang akan pemangkin utama ekonomi negara menjelang tahun 2020.

Sektor minyak dan gas, pembinaan, pendidikan, perkilangan, pelancongan, perubatan, pertanian adalah di antara 12 sektor yang dikenalpasti sebagai pemangkin utama ekonomi.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Karnival Kerjaya 2012 di Dewan Karisma Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, Johor, semalam.

Muhyiddin turut menambah amat penting bagi negara melahirkan tenaga muda yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi agar peluang pekerjaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan IKBN dan beberapa institusi kemahiran lain agar melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai kriteria seperti yang disebutkan agar mampu memenuhi kehendak pasaran.

Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan gambaran negara dilanda kadar pengangguran yang tinggi sebagai karut dan bercanggah dengan fakta.

"Istilah pengangguran yang tinggi adalah tidak benar, ianya cuma pada kadar 2 peratus sahaja.

"Masalahnya mereka yang memberikan alasan tiada peluang pekerjaan adalah golongan yang pemalas dan terlalu memilih kerja," katanya.

- KL POS


0 comments to "3.3 juta peluang pekerjaan telah dikenalpasti dalam 12 sektor baru"

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow by Email

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters