JALAN KEMBALI BOHSIA...



alt

Selepas kejayaannya mengarah filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, kini pengarah muda, Syamsul Yusof kembali dengan filem terbarunya yang merupakan kesinambungan kepada filem tersebut.

Jalan Kembali : Bohsia 2 memberi cabaran kepada pengarah muda ini apabila perlu seimbangkan pelbagai elemen seperti aksi, drama, komedi dan aspek keagamaan.

“ Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan hasil filem ini walaupun pelbagai cabaran perlu saya tempuhi sepanjang pembikinan filem ini berlangsung,” katanya ketika di temui di sidang media filem tersebut di The Curve di sini.

Tambah Syamsul lagi, terdapat babak yang mungkin keterlaluan bagi sesetangah pihak, namun dia telah merujuk dan berbincang perkara tersebut dengan individu yang lebih pakar dalam bidang keagamaan.

“ Saya merasakan babak tersebut tidak keterlaluan kerana terdapat mesej yang hendak disampaikan kepada para penonton,” ujarnya.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh bapa Syamsul sendiri yang juga merupakan pengarah terkenal negara, Datuk Yusof Haslam dan barisan pelakon filem ini seperti Zizan Razak, Nabila Huda, Sofi JIkan dan Salina Saibi. [VIDEO DI SINI]

SINOPSIS FILEM
Filem ini mengisahkan mengenai Amy, bekas bohsia telah bertaubat untuk tidak mengulangi sejarah “hitam”nya  dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya semakin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah sia-sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agama.

alt

Antara pelakon yang terdapat dalam filem ini ialah Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Had, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik, Azad Jazmin dan Hetty Serlene.

Filem aksi terbitan Skop Productionn ini akan ditayangkan pada 7 Jun 2012 di pawagam seluruh negara.


0 comments to "JALAN KEMBALI BOHSIA..."

Post a Comment

Powered by Blogger.

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters