Siapa taja Tasya Shilla sehingga mampu hidup mewah?





TIDAK sampai empat tahun bergelar pelakon drama televisyen (TV) dan filem, Tasha Shilla boleh dikategorikan sebagai pelakon generasi baru yang cepat melonjak namanya dalam bidang seni di negara ini.

Pelakon berusia 25 tahun ini bukan sahaja semakin popular di mata para penonton tetapi dia turut menjadi pilihan ramai penerbit serta pengarah filem yang mahu menawarkannya pelbagai watak dalam produksi masing-masing.
Malah, pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd. Razak ini turut menyerlah daripada segi imej dan personalitinya yang kini bergaya dengan kereta mewah jenis BMW.

Sungguhpun begitu, ada juga mulut-mulut nakal yang mempersoalkan kemampuan Tasha yang baru setahun jagung bergelar pelakon tetapi sudah mampu memiliki kereta mewah itu yang kononnya ditaja oleh pihak-pihak tertentu.
Pelakon berasal dari Ampang, Selangor ini bingkas bangun lantas menafikan tohmahan seperti itu. sebaliknya dia menjelaskan segala apa yang dimilikinya itu adalah hasil kerja kerasnya sebagai pelakon sejak tahun 2009.

“Kalau saya ditaja oleh VIP ke atau sesiapa juga, lebih baik saya tidak payah berlakon. Sedangkan setiap hari saya bekerja keras menjalani penggambaran drama dan filem tanpa mengira waktu kerana mahu mencapai impian saya.
“Sebenarnya sebelum menjadi pelakon lagi saya sudah ada kereta sendiri iaitu Proton Satria di mana selepas itu saya bertukar kepada kereta Perodua Kembara. Saya seorang yang amat meminati kereta dan selalu bertukar-tukar kereta.

“Apabila ada kemampuan saya memang akan bertukar-tukar kereta. Malah, sewaktu saya bersekolah menengah lagi saya sudah menggunakan kereta jenis Mitsubishi Pajero milik bapa untuk pergi ke sekolah," katanya kepada Hits.
Justeru katanya, isu itu hanya tohmahan semata-mata kerana sejak terbabit dalam bidang lakonan tiga tahun lalu menerusi filem pertama lakonannya berjudul Ratu The Movie, dia terus aktif dalam bidang tersebut.

Bukan setakat berlakon filem, malah Tasha juga menerima banyak tawaran berlakon drama TV yang tidak putus-putus sehinggalah ke hari ini menyebabkan dia menggunakan peluang itu bagi memenuhi hobinya yang suka bertukar-tukar kereta.

“Sekarang ini pun saya sedang merancang untuk bertukar kereta baru tetapi biarlah dirahsiakan jenisnya dulu kerana takut tidak jadi pula nanti. Saya rasa berhak bertukar kereta baru yang lebih bagus kerana saya menggunakannya untuk pergi menjalani penggambaran drama dan filem di merata-rata tempat.

“Lagipun tidak salah untuk saya menikmati hasil titik peluh saya dalam bidang lakonan. Cuma yang tidak sedap didengar lain pula tanggapan segelintir pihak apabila melihat kereta yang saya gunakan. Saya bukanlah orang kaya tetapi saya sentiasa berusaha untuk menikmati apa juga yang orang lain boleh miliki," ujarnya penuh makna.
Artis baru wanita paling popular

Ekoran populariti Tasha itu, maka tidak hairanlah pada 8 April lalu ia seperti memberi gambaran atas kerja keras dan populariti yang dikecapinya sebagai pelakon apabila namanya diumumkan sebagai pemenang sebagai artis baru yang paling diminati dalam majlis anugerah yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Sebagai artis baru yang berjaya menempatkan namanya di hati para peminat pada anugerah yang 100 peratus melalui undian orang ramai itu, Tasha memang boleh berbangga dan meraikan kejayaan tersebut.

Malah, bagi pelakon berwajah ayu ini dia juga tidak menganggap kejayaan itu miliknya seorang, tetapi mahu ia dikongsi bersama ahli keluarga dan kawan-kawan baiknya.

Justeru, sehari selepas Tasha menjulang trofi yang dimenanginya itu, dia antaranya mahu berkongsi kejayaan itu bersama seorang teman baiknya. Sayangnya, tindakan pelakon telemovie, Adi Dan Meon itu telah disalahtafsir oleh segelintir pihak yang melihatnya mengusung trofi kemenangannya ke pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Tasha, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi sampai ke tahap timbul riak apabila dikatakan sengaja membawa trofi yang dimenanginya itu ke Pavillion. Sebaliknya, kejadian yang dilihat oleh beberapa orang itu telah tersebar luas dan diperkatakan sehinggalah ke laman sembang sosial Twitter sehingga ia mencetuskan cakap-cakap yang kurang enak didengar.

“Sebenarnya, saya membawa trofi itu ke Pavillion kerana mahu menunjukkannya kepada kawan baik saya iaitu Reza yang kebetulan bekerja di butik Prada di situ.

“Dia teringin sangat mahu melihat dari dekat dan memegang sendiri trofi tersebut. Saya memenangi anugerah itu pada hari Ahad dan keesokannya iaitu pada hari Isnin saya terus pergi ke Pavillion.

“Ini kerana, saya tidak mahu menghampakan permintaan kawan baik saya itu yang telah banyak menyokong kerjaya saya sebagai pelakon selama ini. Sayangnya, ramai yang mungkin ternampak insiden itu.

“Sebab itu tidak hairanlah ada yang kata saya sengaja mahu menunjuk-nunjuk dengan kemenangan yang itu, apatah lagi baru kali pertama menang anugerah.

“Sedangkan hakikatnya trofi itu saya simpan dalam beg tangan saya dan hanya ditunjukkan kepada kawan-kawan saya yang ada di situ sahaja. Saya bukannya menunjuk-nunjuk sampai semua orang di Pavillion itu nampak trofi itu. Saya kesal kerana ada pihak yang menyalahtafsirkan tindakan saya itu dengan pelbagai tuduhan yang belum tahu hujung pangkalnya," katanya.






0 comments to "Siapa taja Tasya Shilla sehingga mampu hidup mewah?"

Post a Comment

Powered by Blogger.

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters