Tunku Aziz, Pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP keluar parti





Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.

Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan.

Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

"Saya bukan katak," katanya.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.


Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan.

"Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz.

Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.





0 comments to "Tunku Aziz, Pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP keluar parti"

Post a Comment

Powered by Blogger.

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters