Bekas pemimpin DAP dianggap beri penghargaan kepada kerajaan BN


alt

PAGOH, 20 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan yang dibuat oleh bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz sebagai seorang pemimpin yang berjiwa tinggi, rasional serta memahami situasi sebenar dalam negara.

Dua hari yang lalu, bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata rakyat perlu memberikan sokongan terhadap program transformasi dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tunku Abdul Aziz berkata rakyat seharusnya memberikan masa kepada usaha murni Najib dan kerajaan dalam menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.

Melalui kenyataan itu juga, beliau turut melahirkan keyakinan terhadap usaha kerajaan dalam menambah baik proses demokrasi negara melalui perubahan-perubahan drastik yang sedang berjalan.

"Saya anggap kenyataan beliau ini sebagai penghargaan bagi kerajaan yang telah bertungkus lumus menjayakan program transformasi dan beberapa perubahan yang sedang dberlaku.

"Mungkin beliau sedar DAP bukanlah parti yang memperjuangkan demokrasi sebenar namun sebenarnya mengamalkan dasar autokratik dan kuku besi, lihat apa yang terjadi kepadanya," kata Muhyiddin


0 comments to "Bekas pemimpin DAP dianggap beri penghargaan kepada kerajaan BN"

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow by Email

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters