Tun M puji dan puas hati cara kerja Najib Razak


 Tun Dr Mahathir Mohamed & YAB Datuk Sri Hj Mohd Najib Tun Hj Abd Razak merupakan dua pemimpin negara dari dua zaman yang berbeza tetapi untuk satu hala tuju yang sama.






Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Beliau berkata terdapat beberapa petanda baik untuk membubarkan Parlimen, namun ia terpulang kepada Najib bagi menentukan sama ada BN berupaya mencapai objektifnya untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

"Saya juga amat yakin beliau (Najib) ingin mencapai majoriti dua pertiga, namun sama ada ia boleh dicapai atau tidak, itu adalah perkara yang berbeza. Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008," katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara hari ini.

Mahathir yang turut disoal mengenai tarikh paling sesuai dipilih Perdana Menteri untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke 13 lantas memberi pandangan ianya sewajarnya diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bekas Presiden UMNO itu turut mendakwa kenyataan Bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik yang tidak yakin kekuatan BN untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya seterusnya.

"Hendak kata tidak menang tu tidaklah... tetapi kita perlu ambil masa, saya fikir kalau saya masih jadi Perdana Menteri, saya akan ambil masa yang cukup (sebelum membubarkan parlimen), kita ada sampai 2013," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata beliau yakin demonstrasi jalanan 28 April di ibu negara baru-baru ini hampir tidak mempunyai sebarang kesan terhadap pilihan raya umum akan datang kerana rakyat menyedari ia bukanlah berkaitan reformasi pilihan raya.

"Ia hanya cuba memberi gambaran bahawa kerajaan negara ini melakukan penindasan dan mengamalkan kekejaman polis agar mereka boleh menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi.

"Mereka fikir mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya, jadi mereka fikir kita (Malaysia) perlu diperlihatkan seperti Tahrir Square di Kaherah di mana demonstasi diadakan setiap hari sehingga akhirnya kerajaan dapat ditumbangkan, itu sebenarnya yang mereka mahu lakukan," katanya.

Mengulas khabar angin bahawa anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir kini mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar Kedah, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.

"Yang lebih penting ialah apa yang kepimpinan mahu beliau lakukan," jelasnya lagi.




0 comments to "Tun M puji dan puas hati cara kerja Najib Razak"

Post a Comment

Powered by Blogger.

Total Pageviews start 14 Mei 2012

About This Blog

KAPAK BLOG merupakan sebuah blog baru yang di wujudkan pada tanggal 14 Mei 2012. Kapak Blog adalah dinaungi di bawah BLOGGER KAPAK dengan sahabat blogger lain iaitu seperti SARFAMS, GERAKAN13, MALAYSIA BANGKIT, LAUT BIRU, TERATAK BISU, BANGSA AGUNG & lain-lain. Juga boleh follow di Twitter @Kapakblog

KAPAK BLOG

KAPAK BLOG

BLOGGER KAPAK

BLOGGER KAPAK

PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

Popular Posts

BLOGGER KAPAK

KAWAN KAPAK

Followers

Blog Archive

Web hosting for webmasters